Saturday, October 10, 2009
2.03am..
aku dah terlelap tadi.. entah jam berapa tetiba dah tergulin di katil. Pening nak menghabiskan sebuah naskah yang memerlukan aku mengunakan minda untuk mencernakan apa yang aku baca.."Kebangkitan Negara Maya" by richard rosecrance seorang sarjana hubungan antarabangsa yang terkenal.. tapi aku suka kata tambah ini "ex uno multi et multa" hehehehe... "sedang yang ada berpunca dari minda, yang berakar umbi di minda yang dibentuk dari dalam minta" kemudian aku senyum lebar.. kali inilah yang membuatkan aku murung tahap gaban. Kerana otak aku harus berfikir sudah lama aku jarang menggunakan otak waras aku dalam membaca.
I love you.. sure..!!
3 words yang mudah tetapi kadang2 nampak kejam. Kenapa? kerana 3 words itu boleh memporak perandakan jiwa dan raga seseorang.
lainlah kalau sudah terikat dengan akad dan ijab.. sahlah kita akan sayang orang yang kita akad dan berijab dengan kita.. alangkah bodohnya dungunya kita apabila kita tidak menyayangi orang yg kita akad dan berijab... tapi kalau sedang nak belajar untuk menyayangi itu kita ok jugak.
maybe selama ini kita salah menyayangi orang, dan orang itu membuat kita merasa sangat malu atau terhina... dan bila kita mendapat apa yang kita hajati kita akan mendabik dada dan membangga diri.. kitalah berada di lorong2 yang lurus... kitalah orang yang berbaik sangka dan bermurah hati .. manusia.. terlalu ramai manusia yang sebegitu. Hipokrit dan berpura2... sampai kemana perasaan pura2 itu harus kita pikul?
padahal dalam hati kita ada aneka dendam dan kebencian... kita sarungkan aneka prasangka dan mementingkan diri sendiri demi melepaskan apa yang kita rasakan hak kita... bodohnya manusia ini, setiap orang kita boleh tipu dengan kepalsuan tapi orang yang di Atas?
kita boleh merasa malu dengan sekelompok manusia... kita boleh takut pada bayang2 manusia yang ada disekeliling kita.. merasa malu dan merasa segan tapi kita tak pernah segan dan malu pada yang di Atas atas apa yang pernah kita lakukan.. adakah kita pernah meminta keampunanNya?
berpura2lah selagi mampu... tapi akan sampai kemana semua itu.. dihadapanNya juga kita akan berbicara... aku? aku tetap aku yang sentiasa terlanjur dalam apa juga yang aku lakukan..... kerana aku orang yang tidak ada tanggungjawab bukan saja pada yang lain bahkan pada diri sendiri pun........so untuk apa lagi? berambuslah semua kenangan.........pergi mati (ayat ini pernah orang ucapkan kepada aku) ... orang yang sentiasa ada alasan untuk melukakan aku pada setiap kali aku melintas dalam kehidupannya...
jalan itu masih panjang........jangan mendabik dada sekarang dengan apa yang kita ada andai kita tidak pandai menghargai apa yang telah kita tiadakan... bukankah setiap apa yang kita lakukan itu ... kita akan mendapat balasannya... so tunggulah apa yang akan dihadapi........!!!
aku telah berhenti untuk mendoakan kebaikan buat orang lain...
SiGelandangaN 2:03:17 am
Saturday, September 26, 2009
mat ain & mat adam.........
2.32 petang..
kecoh dengar suara mat adam menangis... mula2 aku diam, bila dah aku dengar makin riuh dengan suara aneka yang membuatkan aku geram... aku bukan pintu bilik.. semua bertempiaran lari tinggal si angah dan si umi yang sedang nak kerjakan si mat'ain.. mat adam yang meraung entah lari kemana...
aku tanya apa hal bising2.. meraung2... biasalah bergaduhan sepupu2... sebenarnya aku merasa penat sangat2 dengan semua ini, dengan segala kekecohan.. aku ingin diam2 pada satu saat yang hening untuk menghentikan apa yang aku rasakan.
aku ingat nak hantar je si mat'ain , umi dan siti hajar balik rumah masing2 tapi sister aku suruh hantar esok sebab esok nak raya enam biasa mereka beraya di kuburan.. aku penat dengan pergaduhan yang melampau dengan kata2 yang paling aku menyampahkan.. kalau anak2 aku sah dah kena penampar semua atau kena henger.. tapi aku tak salah mereka disiplin itu datang dari rumah sendiri.
kadang2 .. tapi banyak kadang2 yang hanya tertinggal saja. anak2 buah aku dah makin membesar yang menakutkan adalah saat2 pergaulan mereka andai tidak di kawal............
SiGelandangaN 2:31:55 pm
Friday, September 25, 2009
friday ..syawal ke 5......
hari raya ke 5?.. 8.03 malam...
sendirian di kamar, hinggar binggar di luar sana dengan suara tangisan si angah dan bising2 semua orang. kedengaran pintu bilik diketuk.. si umi mengadu si ain memukul si angah sampai berdarah2.. si along nak pinjam tepon nak call bapak dia.. hurmmm.. riuh rendah semacam kapal pecah..
tadi sampai aku terus masuk bilik on pc kemudian mandi... baju sebakul full tak dapat nak dicuci kerana ampai penuh.. rasa teringin berbaring2 dikatil dengan diam dan menghangatkan hati dengan kenangan dan perasan rindu.
Tadi pagi lebih kurang jam sepuluh lebih aku penuhkan kereta ku dengan semua anak2 gadis sunti.. siti hajar, si along, si nini, si angah dan juga jaja.. konvoi 3 kereta ke Pasir puteh kelantan rumah kakak sulung.. anak abah aku dengan emak lain.
Melalui kawasan pantai .. dari jauh nampak laut membiru suasana tenang dan kenderaan tidak banyak.. si jenab dibelakang mengikuti jauh.. si man dengan bonda satu kereta entah dimana... cuma bila hendak sampai di simpang Fikri baru si Nor tanya aku kat mana.. itupun aku dah nak masuk Jerteh.. lagi 20 km ke Pasir Puteh.. bila sampai si man baru je sampai so aku tak lah terlalu jauh dari belakang dia orang.. riuh rendah dengan saudara mara berkenal2 an maklum masing2 dah besar dan berkeluarga... edisi berkenalan dan bercerita.. aa'ahhhhhhhh pening dan lalat mengisar ruang kepala.
after makan2 lebih kurang jam 3.30 baru bertolak balik.. singgah di Chalok barat rumah cousin ku... kali ini dalam kereta bertambah lagi.. si jaja ikut mama dia.. tapi di tambah dengan si jiji dan si umi ... kemudian bila balik dari chalok si gigi pindah di tambah lagi dengan si ain... yang nakal meriuh rendah dalam kereta.
aku sebenarnya kepenatan... tapi demi mengembirakan semua orang.. aku mengalah dengan melawan kudrat apa tidaknya.. semalam baru je aku pergi kuantan.. kemudian balik hari tu juga... sampai kuantan tengahari dan balik lebih kurang jam 5.30 petang dengan bus saani.. dua hari sebelum itu aku ke felda bukit kuantan .. dan sehari sebelum itu aku bawak bonda ke rumah sister dia di Jerangau... full.......
dah sunyi sekarang , entah apa yang mereka buat dibawah.. belasah dia orang lah.. rasa nak berbaring2 dikatil... menghangatkan hati dengan segala kasihsayang.
SiGelandangaN 8:02:09 pm
Sunday, September 13, 2009
wajah rindu yang mendera hati.. ramadhan ke 23?
aku ingin menulis tentang engkau
tentang rasa
tentang keinginan
tapi engkau memalingkan wajah
membuatkan aku terhina dan terluka
dan terduduk dalam gelita
tanpa berani untuk menghulurkan bicara
sendiri dan sendiri .. mengaca sensiri..
sumpittsauber'07
4.29 petang..
aku baru bangun dari tidur. Tadi pagi aku bangkit jam 10 pagi.. after tidur kembali dalam jam 7 am.. selepas bergayut hampir 2 jam di hp. Perut tak okies sebab aku makan daging semalam, ulang alik ke toilet. Tengahari bila dah okies sikit tapi aku rasa lemau dan panas badan barangkali energy dah mengurus. Bila aku dengar scuter dah balik.. tukar baju terus pergi pasaraya sabasun.
Sepatutnya semalam lagi aku pergi, bonda suruh beli beras untuk keluarkan zakat fitrah.. memang bonda every year dia bayar zakat fitrah dia dengan beras.. so aku pun kena paksa.. walaupun sebenarnya setiap tahun aku dah bayar sendiri di masjid putih tapi kena bayar lagi . Bonda sangat kuat pegangan dia yang satu itu.. mengeluarkan zakat fitrah dengan beras .. hiksss ada juga aku bebel semalam tak salah guna duit.. harga beras jugak Allah tak zalim.. tapi bonda tak terima aku tak nak bergaduh panjang2 dengan dia pasal agama kerana aku hanya ikut fikiran aku... see!!!
nak beli 20 kg beras... satu untuk dimakan dan satu lagi untuk dikeluarkan zakat letak dalam troli nak tolak pun berpusing2 je tayar troli.. kemudian cari apa lagi yang patut biasa aku cari yang bonda aku makan minum dulu.. just oren dia.. mee kuning sebab aku rasa nak buat mee kuning untuk dia.. aku? entah tetiba aku rasa aku tidak berselera untuk makan2... kali penat atau sakit dah mula menjenguk... waktu2 sihat sudah mulai mahu pergi ..
menunggu di kaunter bayaran.. ada pasangan karpel.. kali dah kawen atau baru kawen mesra.. dekat2 himpit2 hikss bulan puasa nieh aiihhh depan aku yang lemau2 rasa macam nak duduk dalam troli dan suruh orang belakang tolak... manja yang perempuan bergayutan di lengan si suami.. iskk.. baru2 semua indah ya.. semua dan himpit2 dekat2 kalau dah lama aku tengok berjarak.. sebab aku jeling kaunter sebelah si perempuan je yang tunggu troli suami dia tah pergi mana kali tengah merenung wajah cashier... tak ada duduk rapat2 macam pasangan depan aku nieh naik rimas pulak aku... so aku dengar kecoh2 dibelakang aku.. ada satu budak lelaki tadika dengan ayahnya nak suruh ayah dia beli pelita ayan.. hikss "org nak org nak... beli beli.." tapi ayah dia mengomel2 bagi alasan tak nak beli... merayu sakan budak tu suruh bapak dia beli... isk kalau anak aku dah aku belikan apalah harga sebatang pelita tak sampai rm2 dengan keinginan anak... buat bayar parking pun lebih dari itu dan apa salahnya kita menceriakan hati anak kita.
aku? aku tak pernah merasa diceriakan hati oleh orang yang bernama bapak , ayah atau abah.. hati aku selalu kosong dengan tanda nama orang yang sebegitu.. yang pernah aku ingat hanyalah arwah pernah mengosok kepala aku waktu aku jengah dia di rumah madu bonda aku..? tah apa perhubungan waktu tu... aku tak tahu.. abah aku dah ceraikan wife dia tapi still duk sana makan minum sana... masa tu dia dah belum lagi berpisah ngan bonda aku kut.. atau dalam proses perpisahan? aku malas nak remain balik... tapi waktu kecil aku .. aku banyak bergayut ngan pak usu...
ikut pak usu menjala ikan di laut... ikut pak usu buat rumah di kebun dia... ikut pak usu pergi mana2... kadang2 aku rasa macam pak usu adalah abah, ayah aku .. tapi perasaan itu tidak sama... sehinggalah bonda aku kawen lain.. dpat ayah baru yang buat aku makin jauh hati.. tapi lama2 aku dapat accept it... kerana aku manusia yang berfikir... kenakalan dan kedegilan aku... susah sebenarnya bonda menjaga anak seperti aku ini.. susah juga orang2 yang pernah mengasihi seorang aku... aku yang sentiasa menyakitkan dan melukai hati orang... tapi pernahkah ada yang benar2 mencintai aku dengan tulus dan ikhlas?
balik rumah .. bawa masuk barang.. mandi kemudian tidur... tidak pulas gelisah dan resah... ramadhan hari ini aku jiwa kong!! tapi petang ni rasa dah okies sikit... kali sakit tidak melarat sampai malam kut...
terimakasih kerana sentiasa ada disamping aku sekarang...... dalam apa jua keadaan.. aku dah tukar selimut baru, tukar cadar baru dan aku sudah tidak ingin bertandak dengan kenangan yang menyakitkan rekuh hatiku lagi...
puasa, raya...... apalah ertinya bagi diri aku ini? tak pernah merasa meriahnya raya....
SiGelandangaN 4:27:54 pm
Friday, September 11, 2009
4.44 petang..
today menu berbuka laksam, bonda kukus sendiri laksam. Yang kena buat kuah nanti sah lah aku sebab bonda cakap kalau aku buat kuah sedap.. peh apa tak sedap aku letak perasa taik hidung ... huaaaaa!! mak uda still berbuka di rumah lagi today.. tadi pagi dia orang pergi ke rumah si bungsu cari keropok kering..
menu berbuka aku? entah rasanya macam nak masak bubur je.. makan ngan kicap ikan goreng atau sayur apa je.... tapi rasa macam malas nak masak bubur pulak. Semalam aku hanya berbuka dengan nasi kuning.. makan sebiji limau.. kuih tak ada kut kurma je aku makan..sahur tak bangun walaupun dah kena kejutkan. Mimpi indah? hiksss....bahaya kalau mimpi2 sebegini berterusan di awal2 pagi...





terimakasih kerana menyayangi seorang aku apa adanya, menghargai dan tidak malu dengan diriku.. terimakasih kerana memberi aku perasaan yang indah yang tidak bertandak dengan dendam , amarah , benci juga malu.
sesuatu yang tidak pernah aku jangkakan yang ramadhan kali ini sangat memberi makna.. memberi erti .. dan membuatkan aku berada dilangit ke 7..

aku tidak punya janji
juga aku tidak memasang harap
tapi memberi ruang
yang sangat lebar
sangat luas
untuk disayangi seutuhnya
tanpa perlu berbahgi rasa
dengan kepahitan semalam

setiap langkah ramadhan
menuju ke satu jalan
lorong yang bercahaya
dengan aneka warna kasihsayang
dan aku menjadi tumpukan rindu
pada teduh wajah kasihsayang
tanpa ragu dan malu
tanpa perlu mengikat janji
dan berikrar mati
kita cuma perlu
melangkah dari hari ini ke esok
dengan hati penuh bahgia dan gembira
tanpa perlu kita cacatkan
dengan luka dan kesakitan semalam
SiGelandangaN 4:44:35 pm
Wednesday, September 09, 2009
ramadhan ke berapa eh? iskk dah lupee....
10.58 pagi...
dah lama cuti menulis. Banyak benda yang ada dalam kepala tapi just diamkan je dalam kotak tu, malas nak laklarkan malas nak zahirkan. tapi lately kehidupan terasa lebih tenteram lebih aman dan barangkali juga bahgia. entah ke mana menghilang semua perasaan gundah gulana keluh kesah sepi atau apa perasaan yang meruntuhkan jiwa raga. barangkali telah terlingkup dan kemudian menangkap jiwa murni untuk menceria dan meriahkan hati dengan kebahgiaan.
benarlah bahgia itu hanya hati kita sendiri yang mampu memberi rasa dan juga orang yang hidup disamping kita. untuk sementara? kekal? entahlah dari pengalaman tidak semua benda itu akan kekal dengan kita so apapun haruslah dihadapi dengan apa juga kerana hidup tetap perlu diteruskan sampai ke hujungnya.
dah 19 ramadhan? huh!! cepatnya means tak sampai 11 hari lagi akan raya? woww.. semalam aku berbuka dengan bubur dan sambal sardin... hurmmm kira okies laaa walaupun memula berbuka aku ratah ikan goreng dengan tepung 3 ekor... lepas solat magrib baru makan bubur itu pun separuh je... makan tengah malam sambung abiskan...

hari tu aku berbuka di kota emas.. restoran dalam taman.. garden restoran? antie annie nya... woh meriah betul... aku drive tukang tunjuk jalan pun fail... kazen aku dan anak buah aku dengan wife dia... iskk... aku dah ada instem yang pagar warna warni tu restoran tu.. tapi dia orang cakap salah ke apa.. terus ke depan lagi.. iskk... last banyak kali call antie rubby baru jumpa.. peh! tapi makanan dia kira sedaplah aku suka masak lemak ayam kampung.. rasa kaw!!

semalam cap rap aku yg hitam tu terjatuh dalam bilik air so kena cuci... hikss kena tukar style semalam... ampes tull kes aku masuk bilik air bawah sebab bilik air atas hasil buangan si angah tidak flush aku pantang betul... geram rasa nak hempuk je ngan mangkuk tandas jenis orang tidak pandai membersihkan mangkuk tandas bila sudah membuang... cekadak tul... aku selalu jumpa spesis macam nieh... malas nak guna air banyak2... pentingkan diri sendiri jenis manusia macam nieh.. supaya orang tengok hasil buangan dia... bontot dia entah cuci entah tidak... menyampah tul aku...
bonda today nak makan asam pedas ikan letak terung... aku? bubur lagi kut dengan goreng ikan kayu.. rasa aku dah best sudah tu... masa aku tak ada bonda cakap si sebelah anak beranak pakat2 berbuka ngan dia.. hurmm baguslah.. patutlah bonda happy je...

try jadi tukang masak di dapur lain.. hiksss... sepah2 kan dapur rumah mak mentua wakakkaaa.....aduiiiiiiiiiiii ampes jek... janji rock dan yg dimasak di sukai orang yang memakannya.. betui ke tidak? cam tak caye jek sedap?

tengah geram tahap gaban dengan line tmnet yang tetiba je broke... ampess bila wat aduan dia orang cakap kabel masuk air.. so pepagi tadi aku call balik tm tanya bila nak baiki.. dia orang cakap tunggullah 3 atau 7 hari , hari tu cakap 1 atau dua hari pastu siap bilang cuti lagi.. so aku tambah nape tak cukupkan sebulan je... tensen betul operator tu agaknya dia tahu aku dah marah.. tetiba bila aku on pc dah boleh online.. so kena call balik tm cakap dah okies.. aku adalah pelanggan yang sangat berbudi bahasa heh???

kata someone kalau aku down sila baca buku nieh... so lately aku rajin membaca buku nie yang membuatkan jiwa aku yang pling plang plung dah hilang.. rasa penuh dengan bebunga daisy... apa salahnya kalau aku benar2 merasa bahgia dan dihargai sebagai seorang insan? kasihsayang yang melimpah ruah.. rindu kasih semua dalam kenyataan .. aku tidak bersedih lagi.. maybe!!

orang yang bersedih dengan masa lalu adalah orang yang bodoh? aku teringat someone pernah katakan kepada aku... untuk apa lagi kenangan itu andai kenangan itu menyakitkan kita.. andai ada orang yang mampu berikan kita bahgia dan besarkan hati kita dengan kasihsayang apa salahnya kita membuka ruang itu lebar2... tak salah bukan? entah!!! lu fikirlah sendiri..

yang datang dengan yang pergi mungkin tidak sama tapi yang tetap ada disamping kita , yang sentiasa memberi dokongan dan dorongan itu pasti memberi kita ruang untuk merasai dihargai tanpa disakiti... akan datang? biarlah masa yang akan menentukan kerana lumrah hidup ada pasang dan surut bukankah telah kita lalui semua itu? namun aku berharap ada perasaan yang tidak sama seperti dahulu iaitu malu dengan diri aku... malu dengan keadaan aku... malu untuk mengatakan kenal aku dan sayang aku... membuang aku seperti sampah , seperti barang buruk.. apa gunanya ? .. hargailah apa yang kita ada sekarang ini.. dari mengenang yang lepas yang menidakkan kehadiran kita dan menerjang segala kenangan... dengan ungkapan MALU!!!!
SiGelandangaN 1:57:11 pm
Don't buy Vista Security